Susunan ini sangat sesuai untuk kelas, seminar dan juga latihan.
Susun atur classroom ialah susunan satu meja memuatkan 2 kerusi. Di ruang latihan kami (Cubic X), kami boleh memuatkan sehingga 40 orang maksimum. Ini ialah susunan paling digemari dan paling kerap digunakan.
Susunan begini sangat sesuai untuk tujuan ceramah, kelas, atau seminar yang memerlukan peserta mempunyai bahan atau nota catatan. Ianya lebih selesa bagi peserta menggunakan laptop atau menulis nota peribadi kerana beralaskan meja dan kedudukan semua peserta menghadap ke depan menjadikan tumpuan berfokus kepada penceramah.
Contoh program pelanggan kami: Seminar Saham, Seminar Branding Online dan Offline