Susun Atur CUBIC Bilik Seminar Ampang (part 2)

CUBIC BILIK SEMINAR AMPANG merupakan salah satu bilik seminar di Ampang yang eksklusif dan mampu di sewa oleh sesiapa yang berminat.

Cara susun atur yang disediakan oleh kami terdapat beberapa cara iaitu:

 

U-Shape (10-15 orang maksimum),


Seterusnya, susun atur gaya U-Shape. Jika tiada tempat yang bersesuaian untuk membuat meeting. Tidak mengapa CUBIC boleh menyediakan susunan khas untuk meeting atau perbincangan yang perlukan tumpuan ramai. Bos duduk tengah, anak buah duduk kanan kiri. Gituu

Bos nampak gagah perkasa sebab semua tertumpu pada beliau. Bos pon kena jaga tingkah laku dalam susun atur begini, jangan bergaru-garu. Beegitu juga anak buah yang duduk di tepi bos boleh perhatikan segala tingkah laku anda. Semua nampak dengan jelas jangan risau. Fair & Square kesemua pergerakkan di perhatikan.

Susun atur sebegini boleh di susun sebanyak 20pax ke atas mengikut permintaan pelanggan yang inginkan sebesar mana ruang susunan meja untuk membuat perbincangan atau meeting.

Waktu penyewaan untuk membuat meeting bergantung kepada permintaan. Jikalau anda ingin membuat meeting hanya dalam masa 1jam juga boleh. Kadangkala terdapat pelanggan yang hanya ingin membuat meeting pada masa yang singkat. Segalanya mengikut permintaan pelanggan yang CUBIC Bilik Seminar Amoang yang di sayangi.

Cluster (15 orang maksimum)


Ini ialah Susunan Cluster. Sesuai untuk program team building, dijadikan kedudukan mengikut kumpulan. Meja akan disusun dengan rapat sebanyak 5 meja dan di bahagikan kepada 3 atau 2 island mengikut permintaan pelanggan CUBIC Seminar Ampang.

Selalunya team building ini pihak penganjur akan membahagikan setiap orang mengikut group supaya tidak nampak terlalu berkelompok dengan geng sendiri sahaja. Baru rasa seronok boleh berkenalan dengan rakan baru dan bergaul dengan semua.

Tetapi terdapat juga penganjur yang tidak pecahkan kumpulan yang tersedia.
Kalau bawa kawan-kawan pegi seminar, maka 1 cluster ini pasti ditawan oleh geng anda.
Kalau anda tiada geng tak perlu risau berkenalan dengan orang baru dan tumpang sahaja geng mana yang anda selesa.

Meja Solekan (5 orang serentak dalam satu masa).


Ini istimewa, program tertentu sahaja akan guna. Ianya dipanggil Susunan Make-up.

Seminar solekan atau make-up. Meja make-up yang kami sediakan bersama-sama dengan kerusi makeup yang bersesuaian sangat selesa dan anda akan merasa diri seperti model apabila berada di hadapan cermin yang mempunyai pencahayaan seperti superstar.

Demonstrasi untuk cara penggayaan tudung, step by step untuk cara penggunaan make-up dan juga sesuai untuk mengajar cara penggayaan personaliti diri yang lebih terperinci.

Perlu meja, kerusi menghadap cermin, dan pencahayaan yang baik sangat bersesuaian untuk anda yang ingin membuat kelas make-up yang lebih terperinci.

Ini kalau MUA sesuai sangat buat kelas mekap.

Kelas pengayaan tudung pun boleh mengguunakan susun atur sebegini.
Kalau Vivy Yusuf buat kelas lilit tudung, ini la susunan akan diminta.
Peringatan, penyedia perlu jaga aurat peserta anda ya jika yang muslim.

CUBIC BIlik Seminar Ampang boleh susun atur bilik seminar mengikut permintaan dan juga mengikut keselesaan pelanggan kami. Harga sewa murah dan jimat, tetapi fasiliti lengkap dan selesa.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *