Susun Atur CUBIC Bilik Seminar Ampang (part 1)

CUBIC BILIK SEMINAR AMPANG merupakan salah satu bilik seminar di Ampang yang eksklusif dan mampu di sewa oleh sesiapa yang berminat. Cara susun atur yang disediakan oleh kami terdapat beberapa cara iaitu:

Teater (maksimum 40 orang)

Ini antara paling popular, susunan teater (theatre seating arrangement)
Tidak menggunakan sebarang meja. Kapasiti bilik ini menjadi besar dan boleh dikuasai dengan kerusi sebanyak mana yang anda inginkan. Lebih dari 30pax boleh dimuatkan ke dalam Cubic bilik seminar jika anda inginkan susun atur sebegini.

Susunan ini sesuai untuk program Taklimat, ceramah, seminar, talent audition dan juga program yang bersesuai.

Rasa macam zaman sekolah sekolah gitu ada sesi tayangan movie. Lebih seronok susun atur sebegini kerana peserta dapat berkenalan dengan rakan baru dan boleh lebih mesra berborak apabila dapat duduk dengan lebih dekat.

Untuk orang yang lebih berminat duduk berdekatan dengan rakan sebelah boleh bergosip dan suka bergaul dengan lebih mesra maka ini lah susunan sesuai untuk anda.

 

Classroom (maksimum 30 orang)


Ini pula susun atur classroom. Susun atur ini boleh di katakana mengikut ala ala bilik darjah.
Meja disusun menghadap ke hadapan dan bersama-sama dengan kerusi ataupun setiap meja boleh disediakan dengan 2 atau 3 kerusi mengikut setiap permintaan pelanggan CUBIC Bilik Seminar Ampang.

Susunan begini seronok dapat merasa macam zaman masih muda dahulu kala di bangku sekolah gitu. Walaupun tidak begitu tua tapi dapat mengibau kenangan lama.

Susun atur classroom ini lebih selesa berbanding susun atur yang lain kerana apabila terdapatnya meja anda boleh letakkan barang di atas meja yang disediakan. Lebih-lebih lagi apabila terdapatnya program yang memerlukan penggunaan laptop, meja yang disediakan sangat membantu untuk anda meletakkan kesemua baran berkenaan di atas meja tersebut.

Ruang untuk susun atur ini juga tidak terlalu padat. Selesa untuk nak tulis nota sewaktu program dijalankan.
Senang cerita, susun atur Classroom sangat selesa, seronok, mudah dan macam macam lagi.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *