Cara Mudah Bayar Parking Ampang Online Melalui Aplikasi Smart Selangor

Pada post ini, admin akan berbagi Cara Mudah Bayar Parking Ampang Online Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking karena banyak yang bertanya kepada admin. Dan cara ini boleh dibuat dimana-mana tempat parking di seluruh Selangor, jadi bukan ampang sahaja dan memang rasmi dari MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Dan tentunya termasuk juga parking untuk Cubic Bilik Seminar Ampang. Tapi kalau Anda berada diluar selangor, seperti Putrajaya, Anda tidak boleh membayar melalui aplikasi ini.

Bila saya kena bayar kupon parking? Untuk makluman Anda, waktu operasi adalah daripada Isnin – Jumaat, 8.00 pagi – 6.30 petang.

So, diluar daripada itu Anda tak perlu membayar kupon parking. Ya, termasuk weekend, parking adalah PERCUMA.

Untuk kadar bayaran Parking MPAJ Ampang adalah:

  • 1 Jam: RM 0.50
  • 1 Hari (4 jam): RM 2.00
  • Pas Bulanan: RM 70
  • Pas Penduduk: RM 30

So, kembali ke tajuk, berikut adalah cara membuat bayaran parking MPAJ mudah:

1. Download dan Install Aplikasi Smart Selangor Parking. Klik Disini > Aplikasi Smart Selangor Parking

2. Daftar dan buat akaun baru. Untuk BPT, pilih MPAJ atau Majlis Perbandaraan lain yang sesuai.

3. Buka Apps, dan click tab reload credit. Pilih amount yang anda mahu reload, pilih metod pembayaran, dan buat bayaran seperti biasa.

4. Click “Pay Parking“. Masukan No vehicle Anda, dan click “not paid“.

Smart Selangor Parking Smart Selangor Parking Smart Selangor Parking

5. Pilih tempoh yang sesuai dan click Ok.

6. Done. anda telah membeli kupon parking.

Selain untuk membayar parking, anda juga boleh melakukan pembayaran compound melalui Apps ini.

Semoga bermanfaat! Terimakasih kerana telah membaca post Cara Mudah Bayar Parking Ampang Online Melalui Aplikasi Smart Selangor Parking.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *